Ahad, 24 Julai 2016

FAM tidak sepatutnya bersengketa dengan JDT

Dengan segala kemelut yang telah melanda bola sepak Malaysia berpunca dari perkara yang berlaku pada minggu lepas - di mana 4 bintang bola sepak kebangsaan telah mengumumkan persaraan melalui laman Facebook rasmi kelab mereka – ini adalah satu perkara yang menjengkelkan setakat ini.
Lupakan sahaja ranking FIFA yang semakin merundum, dakwaan mengatur perlawanan, dimalukan oleh Abu Dhabi, usaha mencari jurulatih baru negara yang masih berlanjutan dan persoalan berkaitan perlawanan jelajah Oceania, keputusan bersara dari skuad kebangsaan yang dibuat oleh 4 pemain menjelang 4 bulan sebelum Piala AFF Suzuki merupakan satu tamparan hebat buat FAM dan pastinya mereka perlu berhempas pulas untuk memulihkan keadaan.

Dengan kejatuhan berterusan dan kesannya semakin ketara, masih terdapat beberapa persoalan yang belum terjawab mengenai mengapa dan bagaimana perkara ini tiba-tiba muncul.

Sudah tentu 'kenyataan umum' pemain tersebut yang disiarkan di laman rasmi Johor Darul Ta'zim dibaca seolah-olah mereka telah dipengaruhi oleh pegawai perhubungan media pasukan mereka dan dirasakan terdapat seseorang yang mencadangkan idea tersebut yang sebenarnya tidak dipersetujui oleh mereka ditambah penyokong bola sepak tanah air turut terkejut dengan keputusan yang tidak boleh ditarik balik itu.
Yang pastinya terdapat lebih daripada beberapa petunjuk mengenai punca yang menjadi penyebab pemain-pemain tersebut ingin bersara yang berubah dari semasa ke semasa sama ada disebabkan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sendiri ataupun memorandum mengejut dari pemain itu, yang mana perkara ini tidak dapat disahkan.

Perkara yang benar-benar membimbangkan disini adalah berkaitan kerapuhan segala bentuk hubungan kerjasama di antara kelab pendahulu bola sepak negara yang realitinya seperti sebuah pasukan kebangsaan, dengan pasukan kebangsaan itu sendiri.

Di suatu sudut, adalah mudah untuk memahami kebimbangan JDT dan sesiapa jua yang telah melawat dan menguji kecanggihan fasiliti milik JDT.

Pusat latihan utama mereka terdiri daripada beberapa padang bersaiz penuh dan juga padang berskala kecil, kemudahan 'indoor' yang hampir siap sepenuhnya dan gimnasium, bilik pemulihan serta bilik perubatan yang dicemburui kebanyakan kelab di Asia Timur.

Di puncaknya nanti tidak lama lagi, akan terdapat perkataan gergasi yang bercahaya tertulis 'Selamat Datang Ke Johor' di atas bumbung fasiliti tersebut yang dapat dilihat dari Singapura. Sebuah tanda mutlak yang menandakan bahawa mereka adalah penanda aras untuk bola sepak profesional di rantau Asia Tenggara.

JDT juga merupakan sebuah pasukan di mana mereka mengambil pekerja mahir dari luar negara yang merangkumi daripada bahagian pejabat sehingga ke peringkat kejurulatihan, manakala pasukan kebangsaan masih mengekalkan dan mengambil pekerja yang mempunyai kurang pengetahuan di peringkat kebangsaan, lebih-lebih lagi di dalam bidang sains sukan.

Itulah isu sebenar dan merupakan antara perkara yang dibangkitkan oleh TMJ pada awal minggu ini, apabila baginda mengatakan bahawa pemain-pemain yang kembali dari tugasan kebangsaan sudah tidak cergas dan turut mengalami kecederaan.

Cuma mengapa pasukan kebangsaan merantau ke kepulauan pasifik dan melawan negara yang jauh lebih lemah daripada pasukan yang akan mereka hadapi pada kelayakan peringkat akhir untuk Piala Asia, dan lebih rendah daripada taraf Piala AFF Suzuki, menghadirkan sebuah persoalan mengenainya tetapi dengan kakitangan pasukan kebangsaan mengembalikan para pemain ke kelab mereka dalam keadaan yang lebih teruk berbanding sewaktu mereka tiba di sana, maka persoalan yang lebih serius perlu dijawab.

FAM dengan nada marah telah menafikan dakwaan bahawa pemain telah mengalami kecederaan, sebagaimana yang dapat dilihat sedang berlaku, yang merupakan punca kepada rentetan persaraan pemain, maka ia adalah satu isu yang pastinya adalah lebih baik diselesaikan secara tertutup.
.
Kekecewaan TMJ terhadap badan induk yang mengawal perlawanan di Malaysia sememangnya  diketahui ramai dan begitu meluas - dengan sebab munasabah –  dan terdapat perasaan bahawa badan induk tersebut tidak akan tunduk kepada pemintaan kelab, FAM seharusnya melakukan segala yang perlu bagi memastikan JDT kekal di dalamnya.

Jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, bahkan mengakui awal tahun ini bahawa persediaan kelab itu adalah 'terbaik' di negara ini dan menyatakan hasrat untuk kedua-dua pihak bekerjasama 'lebih baik' selepas kritikan-kritikan awal sebelum ini mengenai beberapa kaedah yang digunakan oleh pasukan kebangsaan, maka pertikaian yang berlaku ini bukanlah lagi isu yang baru.

Adalah berbaloi untuk mengingati secara tepatnya 58 hari selepas hari paling teruk dalam sejarah bola sepak Malaysia pada tahun lepas, iaitu kekalahan 10-0 ke atas UAE, boleh dikatakan merupakan pencapaian terbaik JDT apabila berjaya menjulang Piala AFC di Stadium Pamir, Tajikistan berdekatan dengan zoo utama di Dushanbe.
Kini ia seperti satu kisah sekumpulan haiwan yang berkeliaran tanpa kawalan dan pasukan kebangsaan tidak mampu untuk kehilangan kapten serta trio pemain lain yang kesemuanya terlibat dalam kempen Piala Suzuki, dimana ia merupakan peluang utama bagi Malaysia untuk memulihkan reputasi yang telah tercalar di peringkat antarabangsa.

Kehadiran Safiq Rahim, pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak, pemain sayap S. Kunanlan dan juga pemain tengah, Amirul Hadi amat diharapkan dalam pasukan dan cukup jelas kepada semua orang bahawa FAM perlu melakukan segala perkara yang di dalam bidang kuasanya untuk mencuba dan memperbaiki masalah ini secepat mungkin.

Dari peringkat awal penglibatan TMJ dalam kelab bola sepak Malaysia, satu langkah yang baginda gagal lakukan untuk beberapa tahun adalah baginda cuba menetapkan standard profesionalisme bagi semua peringkat dan ianya difahami bahawa baginda menjangkakan badan induk kebangsaan tidak sahaja berkongsi idea tersebut tetapi juga sebenarnya turut menunjukkan yang mereka sama-sama melakukannya.

Perdebatan dan perbahasan hujah yang memperkatakan tentang kelemahan pasukan kebangsaan telah mempengaruhi prestasi kelab adalah tidak benar sama sekali dalam kes ini dan peneraju JDT harus diberikan pujian diatas pendiriannya dalam menggesa badan induk bola sepak kebangsaan untuk menerima perubahan dan mengambil pendekatan yang lebih profesional di semua peringkat.

Bagi pihak pasukan kebangsaan, sukar bagi mereka untuk mengasingkan pasukan kelab terkemuka negara dengan sumber-sumber dalaman yang mungkin berkaitan dengan skuad Harimau untuk tahun-tahun yang akan datang dan apa jua punca konflik yang berlaku, dimana kedua dua pihak perlu bersama-sama untuk mencuba dalam menyelesaikan perkara yang kini telah menjadi satu isu yang cukup serius.

Seperti mana konflik politik yang sering diselesaikan oleh 'pengantara luar', maka ia juga mungkin sesuai untuk dipraktikkan dalam permasalahan ini dan FAM harus terdorong untuk membawa tokoh senior dalam arena bola sepak Asia untuk mencuba membantu dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada minggu lalu.

⁠⁠⁠Seseorang yang boleh mengetepikan krisis yang melanda dalam perhubungan di antara FAM dan JDT dan seseorang yang boleh memberikan keseimbangan kepada semua pihak yang ingin melihat keadaan struktur bola sepak Malaysia dimana kelab dan pertubuhan kerajaan boleh bekerjasama dalam memanfaatkan potensi sukan bola sepak untuk lebih berkembang maju di negara ini.

Sumber : fb JST

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget