Jurulatih dari Argentina itu bagaimanapun tidak panik dengan kekalahan pertama saingan Liga Malaysia (Liga M) kerana akan mencetus kesedaran kepada setiap pemain supaya lebih konsisten pada aksi akan datang.
Malah katanya, barisan yang diturunkan menentang skuad The Bos Gaurus dibarisi pemain simpanan dengan penampilan pemain muda, Dominic Tan dan Hasbullah Abu Bakar yang sedang dalam proses meningkatkan permainan.
“Dominic dan Hasbullah walaupun jarang diturunkan namun sudah ada peningkatan dan kedua-dua pemain itu perlukan masa untuk lebih konsisten.
“Lagipun saya merehatkan ramai tonggak utama seperti Safiq Rahim Aidil Zafuan Abd Radzak, Muhd Fazly Mazlan, S Kunanlan malah tiga pemain import Marcos Antonio, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero juga tidak diturunkan.
“Untuk saingan Piala Malaysia, saya akan tetapkan menurunkan pemain simpanan dan mengekalkan format penggiliran pemain,” katanya.
Bagi Gomez saingan Piala Malaysia bukanlah keutamaan kerana sasaran utama lebih terarah kepada kejuaraan Liga Super dan beliau sendiri akan menurunkan barisan pemain simpanan untuk mengharungi kempen Kumpulan C.
Tambahnya lagi, dengan jadual padat setiap pemain memerlukan rehat yang cukup untuk bersedia dan mempamerkan aksi konsisten dan bukan memerah keringat pemain yang pasti akan beraksi di bawah keupayaan sebenar.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan