Popov berkata, walaupun pemainnya beraksi cemerlang namun dia tidak gembira dengan keputusan tersebut kerana terbukti pasukannya gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk menewaskan pelawat dengan jaringan lebih besar.
“Kami melepaskan lebih 10 peluang terbaik menjaringkan gol dan ini sangat tidak masuk akal. Seumur hidup, saya tidak pernah melihat situasi seperti ini berlaku dan apa lagi yang anda (wartawan) boleh jangkakan daripada saya.
“Saya tidak boleh beritahu pemain bagaimana hendak menjaringkan gol kerana itu bukan kerja saya. Terutamanya pemain import yang beraksi di posisi serangan, mereka melepaskan banyak peluang sedangkan itu tanggungjawab mereka (menjaringkan gol),” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Dalam pertemuan itu, Kelantan terpaksa menanti sehingga ke minit-50 untuk mencipta gol kemenangan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Blazhe Ilijoski sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat skuad pantai timur itu.
Tegas pengemudi kelahiran Bulgaria berkenaan, pasukannya sekali lagi memilih rintangan berliku meraih tiga mata mudah sedangkan peluang terbentang luas buat mereka untuk mencipta kemenangan besar di laman sendiri.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan