Isnin, 18 April 2016

Prestasi Krasniqi semakin cemerlang

Pertembungan Kedah-JDT dalam aksi peringkat pertama separuh akhir Piala FA pada Sabtu, sekali lagi menyaksikan kecemerlangan pemain tengah Lang Merah, Liridon Krasniqi, yang diakui jurulatihnya, Tan Cheng Hoe, serta pengendali Harimau Selatan, Mario Gomez.

Kelibat pemain antarabangsa Kosovo itu mengemudi jentera tengah Kedah pada Sabtu, turut membataskan pengaruh kapten JDT, Safiq Rahim, dalam menguasai pertembungan di bahagian tengah.

Cheng Hoe mengakui pretasi Krasniqi kini lebih baik berbanding musim lalu.

"Perlawanan demi perlawanan, Krasniqi mempamerkan aksi yang cemerlang dan semakin beryakinan di atas padang bersama pasukan," katanya.

Krasniqi turut mempamerkan keserasian baik bersama Sandro Da Silva dan Amirul Hisyam Awang Kecik di bahagian tengah Kedah.

Gomez turut mengakui gandingan tengah Kedah memberi kesukaran kepada pasukannya yang hanya berupaya bangkit memberi tentangan pada babak kedua.

"Ketika Kedah mengawal bola di bahagian tengah, ia menyukarkan kami," katanya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget