Ahad, 31 Julai 2016

Jaringan tunggal Ilijoski letak Kelantan dahului kumpulan B

Jaringan tunggal pasukan Kelantan menerusi sepakan penalti pemain import Blazhe Ilijoski meletakkan pasukan itu mendahului kumpulan B saingan Piala Malaysia 2016 pada perlawanan malam tadi.

Ilijoski menjaringkan gol sepakan penalti itu pada minit ke-50 selepas rakan sepasukannya, Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dikasari oleh pemain pertahanan Kuala Lumpur dalam kawasan kotak penalti di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu.

Kelantan mendahului carta kumpulan dengan tujuh mata manakala Selangor ditangga kedua dengan empat mata selepas tewas kepada Pahang 0-1 hasil jaringan Matthew Thomas Davies pada minit 31 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Sumber : bernama

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget