Tidak adil untuk menghalang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas untuk bertanding jawatan presiden FAM, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Saya tidak fikir wajar untuk kata beliau tidak layak bertanding kerana (kes) masih dalam siasatan.
"Beliau tidak dikenakan atau didapati bersalah," kata Khairy pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Annuar dan Khairy antara empat tokoh yang dicalonkan untuk jawatan presiden FAM.
Selain itu, pencalonan turut melibatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat.
Annuar digantung sebagai pengerusi MARA awal minggu ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan penajaan pasukan bola sepak Kelantan melalui Pelaburan Mara Berhad dan Universiti Kuala Lumpur.
Khairy berkata, kongres FAM akan berlangsung pada Mac depan dan berharap siasatan terhadap Annuar selesai pada masa itu.
Pemilihan akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.
Dalam perkembangan yang sama, Khairy berkata, beliau akan bertemu dengan pihak yang mencalonkannya sebelum memutuskan sama ada menerima atau tidak pencalonan tersebut.
Sumber : malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan