Jumaat, 29 Januari 2016

Kelantan dan evolusi bolasepak di Malaysia

Kenapa Tan Sri Annuar Musa 'Is The Boss!'

Mari kita mengimbau penjenamaan semula skuad kijang kepada The Reds Warrior.

Tan Sri Annuar Musa, satu nama yang cukup sinonim dengan evolusi The Reds Warrior. TMJ mungkin antara figura utama dalam pembaharuan pelbagai aspek di JDT, namun Annuar Musa di Kelantan telah melakukannya lebih awal di pantai Timur.

Annuar Musa dilantik menjadi Presiden KAFA pada 2007 dan gelombang merah di Pantai Timur telah mulai menjadi kuasa dominan selepas itu. Ini setelah sekian lama pada era awal 90-an dikuasai Pahang dan pada awal sekitar era lewat 90-an. Manakala pada era millenium dan selepas 2000 pula, Terengganu muncul menyaingi Pahang sebagai kuasa di Pantai Timur walaupun pada masa itu pantai Timur lebih sinonim dengan Terengganu atau Kelantan.

Kelantan memang jauh daripada bualan pemerhati bolasepak. Pernah terperosok ke Liga FAM dan sangat 'struggle' dalam mana-mana kejohanan.

Selepas tahun 2007, Tan Sri Annuar Musa telah mengambil alih Kelantan. Beliau telah mengubah dan memperbaharui pelbagai aspek dari segi pengurusan dan publisiti. Beliau merombak struktur dalam pengurusan dan pasukan. Langkah pertama adalah menetapkan matlamat untuk naik ke divisyen tertinggi. Mereka berjaya melakukannya pada 2007/2008 dan selepas itu, projek yang lebih menarik akan cuba dilaksanakan dengan sambutan penyokong yangg kian meningkat dan semakin ghairah.

ERA LIGA SUPER


Penjenamaan semula Liga Perdana kepada Liga Super adalah sangat sinonim dengan kebangkitan Kelantan. Kini peminat Kelantan mulai mengenali satu jenama baru iaitu The Red Warriors. Ia bukan sahaja jenama malah ia mula mengatasi populariti gelaran kijang.

Ramai generasi baru tak tahu bahawa Kelantan juga digelar skuad Kijang kerana empayar The Red Warriors kini telah menjadi fenomena. Kesungguhan TSAM telah menarik ramai bintang dan juga berjaya menarik jurulatih berkaliber B. Sathianathan. Ia adalah 'repertoire' kepada kebangkitan The Reds Warrior. Ditambah dengan generasi prospek dan produk yg berkualiti dalam pasukan ini sendiri

Ini adalah Senarai Piala dan Gelaran selepas 2007.

MPL/MSL - 2011,2012
NAIB JUARA - 2010

PIALA MALAYSIA - 2010, 2012
NAIB JUARA - 2009, 2013

FA CUP - 2012,2013
NAIB JUARA - 2009, 2011

AFC


Mereka layak ke AFC Cup dalam 3 edisi dan pencapaian tertinggi pada 2012 iaitu ke slot suku akhir.

'Setback'

Namun pada 4 April 2012 , bos besar ini digantung 2 tahun 6 bulan kerana melanggar peraturan artikel 88 FAM. Ini adalah salah satu tamparan hebat kepada skuad Kelantan.


Berikut adalah antara revolusi yang dibawa oleh Tan Sri Annuar Musa kepada bolasepak Malaysia:

1. 'Merchandizing'

Tan Sri Annuar telah memberikan satu revolusi 'merchandizing' yang luar biasa di Malaysia. Ingat lagi ketika saya belajar di UM, pada ketika itu penyokong-penyokong Kelantan antara kelompok yang memberikan nafas baru dalam 'merchandizing' pasukan. Contohya penjualan jersi. Pada sekitar 2010, Annuar Musa merasmikan kedai rasmi Umbro yang menjadi pembekal utama jersi pasukan.

Jika sebelum ini, di kedai-kedai sukan, pasar pasar malam atau uptown dikuasai jersi BPL, pada hari ini pesaing utama jersi BPL pastilah jersi pasukan bola tempatan. Ia adalah bermula pada era Annuar Musa dan The Red Warriors yang mulai menanam sikap berbangga dengan jersi pasukan bolasepak anda.

Bukan pasukan lain tak ada, namun skala jualan dan penggunaan pada masa itu tak seperti Kelantan. Walaupun ia dipelopori produk tiruan namun pada hari ini kita melihat bagaimana gelombang ini menjadi antara elemen ego sebagai penyokong. Dan itu jugalah masalahnya kerana tiada kesederan yang lebih tinggi oleh penyokong ke atas produk original. Ada yang mampu memiliki pun sengaja nak cari murah. Pada yang tak mampu memilikinya mungkin menjadikan baju bukan 'ori' sebagai salah satu cara tunjukkam semangat sokongan.

KAFA sendiri melantik pelbagai wakil jualan dan branches di seluruh negara menjual pelbagai cenderamata dan alatan lain dengan jenama TRW selain daripada jersi. Saya pernah dihadiahkan kawan saya pen TRW, memang terbaik.

2. Stadium Mulai Penuh

Era Tan Sri Annuar, KAFA mulai mengetahui apa maksud tiket habis. Stadium mulai penuh dengan penyokong. Ia membangkitkan semangat kepada penyokong dan ultras di negeri lain yang 'malu' jika 'home' mereka dijajah The Reds Warrior terutama di mana-mana stadium di Semenanjung.

Di mana saja Kelantan beraksi pasti ada ramai penyokong mereka. Apatah lagi jika di Lembah Klang yang menjadi ibarat mini Kota Bharu untuk mereka. Jika dulu memang susah nak tengok stadium penuh waktu Halim Napi masih bergetah.

3. 'Golden Generation Of TRW'

Kelantan memiliki 'golden generation' dalam bolasepak mereka dan ramai pemain mereka mulai dipanggil menyertai skuad Malaysia. Dari nama sperti Apek, Mat Yo,  Indera Putra, S.Subramaniam, Ghaddar, Farhan Shakir, Piya, Nwaneri hinggalah ke Nurul Azwan Roya, Daudsu dan ramai lagi telah menjadi antara elemen 'revival' Kelantan di pentas Liga M. Mereka telah memberikan pelbagai kejayaan kepada Kelantan dan diberikan perhatian oleh pasukan pasukan lain setiap akhir musim.

4. 'Winning Mentality'

Ia menjadi DNA baru dalam pasukan ini. Jika sebelum ini, pemain tidak akan tertekan sangat kalau kalah dan kalau ada pun lebih kepada 'tension' sebab emosi peribadi dan bukan berpasukan. Kini dah lain, penyokong mereka seakan-akan melihat kekalahan sebagai satu isu besar. Ini yang membuatkan pemain mulai faham akan DNA baru ini. Tekanan untuk menyarung jersi Kelantan adalah, anda mesti ada mentaliti juara! Bermain untuk juara dan bukan melenggang di dalam padang.

Itu antara 'highlight' ringkas saya tentang sumbangan tak langsung oghe Kelate kepada kemeriahan bolasepak kita. Tan Sri Annuar 'really the man in this business'. Bukan mentadbir atas kapasiti statik sebaliknya modenisasi dan meniru 'blueprint' di Eropah.

Selain dari aspek sukan, aspek publisiti juga dititikberatkan dengan skala sebesar dan sedaya yang mungkin. Menarik Kelantan dari 'nowhere' kepada pasukan yg kompetitif. Sebab kita di Malaysia bukan macam pasukan di Eropah, yang boleh amik income melalui perjudian (betting).

Dan ia memang cabaran besar dan TRW telah memberikan model yang bagus kepada pasukan lain. Selepas itu era TMJ di Johor memeriahkan lagi aspek improvisasi lebih kompleks dengan evolusi fasiliti dan banyak lagi. Nama The Red Warriors dicemburui kerana kemegahannya! Ia merah bersebab! REDS FOR A REASON!

Cabaran pada musim baru adalah memastikan The Reds Warrior bangkit! Come On You Red Warriors!

Bayangkan ketika itu Tan Sri Annuar Musa Bergabung dengan TMJ di FAM?

Penulis : Axello Tacts

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget