Ahad, 17 Julai 2016

Melaka United terajui Liga Perdana

Pasukan Melaka United memintas kedudukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di puncak Liga Perdana setelah menang selesa 2-0 ke atas Kuala Lumpur pada perlawanan tunggal liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dekat sini, malam tadi.

Kemenangan kesembilan daripada 13 perlawanan membolehkan Melaka United mengumpul 30 mata, berkelebihan dua mata berbanding JDT II.

Pada aksi di Selayang, kedua-dua pasukan saling mengasak bagi memburu jaringan awal sebaik sahaja perlawanan dimulakan pengadil, Tiong Eng Tai namun keadaan padang yang becak akibat hujan sebelum perlawanan, nyata membataskan pergerakan jentera serangan kedua-dua pasukan.....

Sumber : bernama

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget