Rabu, 6 April 2016

JDT bantu naikkan rangking pasukan kebangsaan

Badan induk bola sepak negara, FAM, seharusnya menyokong usaha pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang membantu menaikkan ranking pasukan bola sepak kebangsaan.

Peringatan itu dibuat Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John, yang melakukan kunjungan ke JDT pada Isnin.

Sebelum ini, ketua jurulatih JDT, Mario Gomez, sempat merungut berkenaan prestasi dan keadaan pemain yang merudum selepas menyertai kem kebangsaan sehingga mengundang rasa kurang senang pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee.

Menurut Windsor, mata kelab akan menyumbang kepada 70 peratus dalam sistem ranking Ahli Persatuan Gabungan AFC, manakala baki selebihnya sebanyak 30 peratus adalah daripada pasukan kebangsaan.

Usaha JDT perlu dihargai dalam mempengaruhi ranking skuad kebangsaan kerana selain kempen cemerlang mereka dalam Piala AFC, JDT adalah kelab tunggal dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) yang lulus sistem pelesenan AFC dan layak bermain dalam saingan peringkat tertinggi, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di mana kebiasaannya AFC memerlukan enam kelab dalam sesuatu liga untuk mendapat lesen tersebut.

Justeru, beliau menggesa kelab-kelab lain turut berusaha mengikuti jejak yang dibuat JDT.

Tambah Windsor lagi, usaha keras yang dilakukan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dengan pembangunan terancang, kemudahan prasarana dan stadium tertutup menyerlahkan visi yang diilhamkan pemilik kelab itu.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget