Ini adalah artikel tentang teknologi dalam pakaian sukan terutama bolasepak.
Aspek teknologi dan bola sepak telah menjadi salah satu subjek yang berkembang dari kasut, vest teknologi dan termasuk dalam pakaian. Sebelum adanya teknologi Dri Fit dan climacool oleh Nike dan Adidas, kita sudah didedahkan dengan teknologi pembuatan jersi bolasepak yang menggunakan bahan-bahan asas untuk mengeluarkan baju bola sepak dengan material kapas 100% dan poliester.
Pada masa kini keadaan telah berubah secara mendadak sehinggalah ada yang memasang alat seperti sensor yg boleh merakam pergerakan pemain telah diperkenalkan.
EVOLUSI NIKE DRI FIT
Kira-kira 2 dekad yang lalu, pengeluar kelengkapan barangan dan alatan sukan gergasi, Nike telah mengilhamkan teknologi Nike Dri Fit mereka. Ia telah menjadi pilihan yang sangat popular di kalangan pemain bolasepak, ahli sukan dan juga peminat sukan. Di lapangan jersi bolasepak, ia bukan sahaja baju bola sepak yang sekadar baju yang direka Nike atau pengeluar lain sebelum ini.
Prototaip yang kemudiannya diuji dan dijadikan pakaian sukan. Nike Dri mengujinya buat pertama kali di lapangan golf yg terdedah dengan cuaca panas dan 'outdoor'.
Ramai pemain golf profesional seperti Tiger Woods telah memuji teknologi baru ini. Woods pernah berkata, "Dengan Dri-FIT, ia membuat saya kekal sejuk (tidak panas) kerana regangan pada kain itu, ia seperti bergerak sekali dengan anda dan tidak menggangu atau menghalang anda langsung."
Nike sebelum ini telah mengeluarkan Therma-fit dan storm-fit. Dri fit pula direka untuk memastikan anda kekal pada suhu selesa , sejuk dan tidak merasa terlalu panas. THERMA-fit dan storm-fit pula direka untuk membolehkan anda sentiasa kering dan panas.
Selepas mendapat banyak reaksi positif. Banyak pasukan Liga Perdana Inggeris mulai beralih kepada Nike, termasuk pasukan yang popular secara global seperti Manchester United. Nike kemudian memenangi tajaan di Barcelona selepas pembentangan tentang Dri Fit.
Jersi home Barcelona 2013-14 adalah diakui Nike sebagai antara contoh jersi terbaik yang pernah mereka hasilkan dengan Dri Fit.
Dengan teknologi Dri-fit yang direka, akan membuatkan pemain kekal sejuk (bukan sejuk yang rasa nak beku) dan lebih kering daripada mana-mana peluh yang tidak diingini dari badan.
Ada teknologi yang direka khas dalam fabrik mereka untuk mengalirkan mana-mana peluh dari badan melalui lapisan kain dan menyerap dari kulit yang membantu peluh itu hilang dengan cepat. Jadi pemain tidak terbeban dengan jersi yang basah dan mempengaruhi fokus di dalam padang walaupun sedikit.
ADIDAS CLIMACOOL
Nike dan Adidas sentiasa menjadi seteru besar dalam sektor pembuatan pakaian dan kelengkapan sukan. Di Jerman jenama Adidas sentiasa menguasai sektor sukan dan bolasepak namun Nike turut menjadi persaing terdekat dan mulai merisaukan Adidas dengan teknologi Dri Fit mereka. Semakin ramai mulai beralih kepada Nike.
Adidas kemudian mereka teknologi mereka sendiri untuk pakaian bola sepak, ini yang dipanggil teknologi Climacool. Ini adalah hampir sama dengan Dri Fit kerana fokus utamanya adalah untuk untuk membuatkan pemain kekal tidak merasa panas semasa bersukan.
Terdapat panel mesh yang khusus dalam kebanyakan reka bentuk Adidas ini. Teknologi Climacool Adidas menggunakan pengudaraan mikro yang membenarkan udara untuk masuk melalui kulit. Climawarm juga disediakan dan direka untuk mengekalkan haba dalam pakaian mengekalkan pemain kekal warm dalam cuaca sejuk.
UNDER ARMOR E39
Kemungkinan yang tercanggih setakat ini. Jenama-jenama di atas seolah-olah menjadi antara yang paling popular bertahun-tahun lamanya.
Pada tahun 2012 Under Armor memasuki pasaran bolasepak. Under Armor telah memperkenalkan teknologi sensor untuk merakam pergerakan, pernafasan dan kadar jantung pemain. Teknologi ini dipanggil E39.
Under Armour menaja kelab Tottenham Hotspur. Jenama Amerika Syarikat ini mengeluarkan teknologi kit baru yang mempunyai keupayaan untuk memberitahu keadaan pemain dengan mengukur kadar jantung dan kadar pernafasan.
Yang paling menarik, pengurus mereka boleh mengarahkan pemain untuk tidak mengambil penalti jika degupan jantung menunjukkan pemain terlalu gemuruh. Tottenham Hotspur telah bersetuju dengan kontrak £ 50 juta sehingga 2016.
E39 mempunyai sensor yang dikenali sebagai Bug yang memantau keadaan badan pemain. Ia merekodkan kadar jantung, pernafasan dan suhu kulit, menyimpan data pada hardisk 2GB dan menghantar statistik ke komputer melalui Bluetooth. Jurulatih boleh melihat prestasi pemain semasa latihan pada iPad atau iPhone.
Baju ini juga mempunyai pengukur pecutan, pergerakan pemain dan mencatat berapa banyak G-force yang mereka hadapi. G-Force adalah daya graviti yang diterima oleh sesuatu benda . Data yang dihantar akan dianalisis oleh perisian dari Zephyr, yang merupakan pembekal teknologi ketenteraan USA.
Namun kits under armor dengan teknologi E39 ini seakan-akan tidak mampu milik oleh peminat atau ahli sukan amateur kerana ia amat exclusive.
TERUS BERKEMBANG
Jenama lain yang mulai memperkenalkan teknologi pakaian yang hebat termasuk Warrior, bekas pereka jersi Liverpool yang menggunakan teknologi WarTech. Ia direka untuk membolehkan anda sentiasa kering.
Puma mengorak langkah dengan menggunakan DryCell dan Umbro mengeluarkan Revolution X yang dipakai oleh skuad England selama bertahun-tahun dalam sesi latihan.
Jersi Puma kini dipakai oleh Arsenal dan BvB antara contoh. Under Armor mungkin dah terlalu eksklusif dengan teknologi futuristik.
Kesimpulannya, teknologi pakaian lebih kepada membantu pemain secara psikologi dengan tiada gangguan seperti terlalu berhaba atau sejuk. Yang penting adalah keselesaan dan ringan dengan tidak ada beban tambahan kerana air peluh.
Sumber : axello tacts
Tiada ulasan:
Catat Ulasan