Ahad, 17 Julai 2016

Tinggakan pasukan jika bersara dari skuad kebangsaan

Ketika isu persaraan empat pemain kebangsaan - Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal - hangat diperkatakan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tampil dengan kenyataan terbaru yang sangat menarik.

“Kami tidak akan menghalang mana-mana pemain Kelantan yang mahu bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan tetapi mereka juga perlu ‘bersara’ daripada mewakili pasukan kami.”

Itu kenyataan yang diluahkan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang walaupun kedengaran lebih lembut namun maksudnya benar-benar ‘bisa’.

Annuar mempunyai alasan sendiri untuk mengambil tindakan yang dilihat agak keras itu namun katanya, ketetapan itu perlu dipatuhi kerana selaku ahli badan gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), KAFA perlu bekerjasama demi kemajuan bola sepak negara.

“Dalam konteks ini, selagi pemain itu bermain di bawah KAFA, dia layak untuk mewakili negara jika khidmatnya diperlukan oleh ketua jurulatih kebangsaan dan tidak boleh menolaknya.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget