Sabtu, 11 Jun 2016

Tiga aksi persahabatan di Singapura perkemas skuad Pahang

Tiga aksi persahabatan di Singapura menjadi pilihan Pahang apabila bertandang ke negara jiran itu untuk memperkemaskan persembahan menjelang saingan Liga Super Julai depan.

Skuad Razip Ismail itu akan bertemu Geylang United FC malam ini, diikuti Police Sport Association (esok) dan Eunos Cresecent FC (Isnin) untuk menilai prestasi serta memperbaiki segala kelemahan sebelum aksi liga bermula.

Pemilihan tiga kelab dari Singapura itu sudah pasti memberi inspirasi terbaik Razip untuk memantapkan lagi jentera skuad Tok Gajah terutama bagi memastikan mereka kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Bagi penyerang Pahang, Mohd Fauzi Roslan, kunjungan skuad itu diyakini mampu memantapkan lagi aksi dalam usaha memperbaiki kedudukan Liga Super.

“Kami percaya keputusan positif akan diperoleh daripada kunjungan ini kerana kami perlu memperbaiki keududkan di tangga ke-11 itu,” katanya.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget