Ahad, 12 Jun 2016

Wan Zaharulnizam akur penggantungannya

Pemain Kelantan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akur dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menggantungnya lima perlawanan dalam saingan Liga Super.

Wan Zaharulnizam menganggap hukuman itu sebagai pengajaran buatnya untuk bijak mengawal emosi dan mengelak provokasi yang cuba dicetuskan pihak lawan ketika beraksi di padang.

"Ini hukuman paling berat pernah saya terima kerana digantung perlawanan sebegitu lama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : bernama

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget