Pada masa sama, skuad Tok Gajah akan melayan kunjungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Makmur malam esok, ketika Pahang mengharapkan kemenangan pertama selepas gagal melakukannya dalam lima perlawanan sebelum ini.
Razip berkata, kemenangan menjadi misi utama skuad itu untuk mengembalikan keyakinan ketika mereka menghuni tangga tercorot Liga Super selepas lima perlawanan dengan sekadar meraih satu mata.
Menurutnya, pemain diharap dapat beraksi dengan baik seperti yang ketika sesi latihan.
“Saya percaya terhadap pemain walaupun faktor pengalaman membataskannya tapi jika pemain terutama barisan utama dapat bermain dengan baik, mereka mampu meraih kejayaan,” katanya di sini semalam.
Dalam dua aksi persahabatan sepanjang tempoh rehat liga, skuad kendalian Razip menang sekali dan kalah sekali, tetapi keputusan itu tidak mencerminkan prestasi sebenar skuad itu.
Lebih-lebih lagi, kegagalan pemain import yang kurang memberi sumbangan menambah lagi kemarahan Razip yang mengambil alih tugas ketua jurulatih yang dilepaskan Ahmad Shaharuddin Rosdi.
Justeru, Razip mahu pemainnya mempamerkan prestasi terbaik sekali gus memberi tentangan kepada PDRM yang sudah pasti mengidamkan tiga mata berharga.
“Saya harap pemain dapat berada pada prestasi lebih baik untuk memanfaatkan peluang apabila beraksi di tempat sendiri selepas mengutip satu mata daripada lima perlawanan,” katanya.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan