Joseph, 28, yang kini perancang utama pasukan turut mengingatkan rakannya bahawa bekas pengendali Terengganu musim 2010 dan 2011 itu juga bagaikan sudah ‘masak’ dengan corak permainan pemain skuad itu apatah lagi pernah membawa pasukan itu menjuarai Piala FA pada 2011.
“Benar Terengganu kini dikendalikan jurulatih berbeza dan pemain juga ada yang sudah berubah berbanding lima tahun lalu tapi saya jangkakan jurulatih FELDA United itu sudah mengetahui kekuatan dan kelemahan pemain skuad kami.
“Oleh itu, saya ingin berpesan kepada diri saya dan rakan sepasukan supaya tidak mengambil mudah pertemuan dengan skuad itu malam ini jika ingin mencipta kemenangan keempat dalam saingan liga,” katanya.
Pada 2011, Irfan berjaya mengemudi skuad yang juga dikenali Sang Penyu itu mara ke final Piala Malaysia dan Piala FA.
Anak didik Irfan yang masih berada bersama Terengganu musim ini termasuklah penjaga gol Sharbinee Allawee Ramli, Ismail Faruqi Ashari, Ashaari Shamsudin dan Zuber Azmi.
Joseph yang kembali bersama pasukannya selepas selesai tugasan bersama skuad kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan percaturan Mike Mulvey juga mempunyai kelebihan tersendiri.
“Selain kemahiran individu yang tinggi dimiliki pemain, semangat sepasukan yang diterapkan jurulatih dan pengurusan antara kekuatan utama pasukan selain sokongan yang tidak berbelah bagi penyokong,” katanya yang mengharapkan rakan sepasukan memperagakan aksi lebih 100 peratus pada aksi malam ini.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan