Menurutnya, Felda akan beraksi garang memburu gol dalam usaha mendapatkan tiga mata seterusnya merampas status pendahulu Liga Super daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Malah katanya, semua pemain Felda juga bebas kecederaan pada tahap kecergasan terbaik selepas liga berehat selama tiga minggu.
"Kami akan turunkan barisan terbaik untuk cari kemenangan seterusnya kekal konsisten dalam saingan liga.
"Namun, kami tetap waspada dengan Terengganu kerana beberapa perlawanan sebelum ini, Terengganu seolah-olah sudah menemui rentak mereka ,"katanya.
Kata Irfan Bakti lagi, beberapa pemain Terengganu seperti Ismail Faruqi dan tonggak import Issey Morgan Nakajima Farran akan dikawal ketat pertahanan Felda.
Dia juga mahu setiap pemain bermain tanpa tekanan dan kekal fokus beraksi dalam setiap perlawanan.
"Saya tidak mahu pemain terlalu risau dengan JDT mahupun Selangor yang menjadi pencabar terdekat Felda untuk menjadi pendahulu Liga Super. Saya mahu mereka bermain dengan cara dan semangat yang ada," katanya.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan