Amirudin, yang juga Exco Sukan Negeri, berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana proses baik pulih itu bermula sejak penghujung Disember lepas.
"Mengambil kira risiko kecederaan pemain, FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) terpaksa akur dengan keputusan FMLLP untuk meminda perlawanan antara Selangor dan Kedah pada Selasa ini ke Stadium Selayang," katanya dalam kenyataan, hari Ahad.
Semalam, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengumumkan Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan untuk perlawanan antara Selangor dan Kedah kerana permukaan padang belum pulih sepenuhnya.
FMLLP merupakan syarikat swasta yang mengendalikan Liga Malaysia musim ini.
Dalam pada itu, Amirudin berkata pemegang pas bermusim FAS 2016 masih boleh menggunakan pas berkenaan untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Selayang, Selasa ini.
Sumber : bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan