"Saya gembira dengan keputusan kami, tetapi saya tidak gembira kerana kami melepaskan 2 gol yang sememangnya berpunca dari kesilapan kami." katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers.
"Masalah terbesar saya adalah setiap kali pemain kembali dari khidmat negara, prestasi mereka merudum." katanya yang melahirkan kekecewaan.
"Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan di sana. Ini berlaku setiap kali apabila mereka bermain untuk pasukan kebangsaan.
"Setiap kali mereka pergi, sama ada mereka kembali dengan kecederaan atau prestasi mereka merudum dan ia mengambil masa untuk mereka kembali semula ke tahap yang sepatutnya.
"Saya tidak faham bagaimana cara jurulatih jurulatih bekerja dalam pasukan kebangsaan."
Pada aksi malam tadi, JDT melakar kemenangan besar 5-2 ke atas PDRM sekali gus mara ke separuh akhir Piala FA 2016.
Lawan JDT di separuh akhir adalah naib juara Piala Malaysia tahun lalu, Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan