Ahad, 3 April 2016

Piala FA : Helang Merah mampu ke final

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin skuad Helang Merah mampu melangkah ke peringkat akhir piala FA, berbekalkan semangat dan persiapan dilakukan bekas juara Liga Perdana Musim lalu itu.

Ahmad Bashah berkata untuk itu, beliau meminta pemain semua pemain agar memberi fokus dan komitmen yang tinggi dalam perlawanan seterusnya bagi melayakan diri ke peringkat akhir.

"Saya tidak menyasarkan jumlah gol untuk perlawanan seterusnya tetapi sudah semestinya kita mahukan kemenangan jadi penyokong perlu sama-sama memberi sokongan padu kepada pemain," katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaaan Malaysia (PESAKA) ke-16 di sini hari ini.

Kedah seri 1-1 menentang Sabah dalam aksi timbal balik di Stadium Darul Aman malam tadi, namun mara ke separuh akhir menerusi agregat 3-2.

Penyerang import dari Brazil, Carlos Eduardo meletakkan skuad Helang Merah di hadapan pada minit ke-22 setelah menyempurnakan sepakan penalti, sebelum Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-59 menerusi Ummareng Bacok yang menanduk masuk bola hantaran Dedi Kusnandar.

Sumber : bernama

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget