Terengganu masih mempunyai masalah dengan Morales, Nakajima dan Gustavo. Kecergasan, kecederaan, pengantungan atau prestasi? Adakah Morales itu satu kesilapan dan yang pasti ia tidak selamat untuknya. Nwakaeme?
Begitu juga Gilberto di Felda Utd, tidak pasti apa status pemain ini. Marangoni, Shukor, Hasnizaidi dan Adib lebih dominan. Dan di Kem Selangor, Cornthwaite berada di paras paling tidak menentu.
Penggunaan yang hampir maksima oleh T Team dan Sarawak dilihat tidak sedikit pun membantu pasukan. T Team adalah pasukan pertama menampilkan 5 pemain import di MSL, pertukaran pantas awal musim melibatkan Busic yang cedera kepada Cruz juga tidak kelihatan berhasil. Gilmar, Makeche, Grassi dan Junior masih tidak mampu mengangkat Sarawak.
Jadi masalah T Team dan Sarawak lebih dari masalah import. Seperti masalah import di Kelantan melibatkan pemain import, lebih sedozen pemain import di MSL bakal gagal. Satu amaun pembaziran yang besar dalam industri bolasepak Malaysia.
Apabila kuota 4 import diperkenalkan, mentaliti pasukan di MSL adalah wajib 4. Dan lebih sadis ia wajib pertahanan tengah dan penyerang tengah. Dan mentaliti pemain era millenia tidak sama seperti era semi pro yang kelihatan lebih bersaing dengan pemain import walaupun dalam kem sendiri.
Selepas era semi pro 80an dan selepas gejala rasuah terbesar pada pertengahan 90an, pemain² selepas itu cuma pemain bolasepak bermentaliti lemah, tiada semangat dan tiada keghairahan. Semata mata kemasyuran?
Kosong... Tiada legasi.
Artikel dipetik dari fb Zuraimi Zukri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan