Bagi Gomez, dia berasakan pemain-pemainnya terlalu cepat menghilang kawalan bola menentang PDRM walaupun menguasai perlawanan untuk tempoh masa yang panjang.
"Saya gembira untuk pemain-pemain saya kerana mereka berjaya mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir. Apapun, kami terlalu banyak hilang kawalan bola biarpun menciptakan peluang dengan baik.
"Saya dah agak gawang kami akan dibolosi, apatah lagi dengan dua jaringan. Ini merupakan satu perkara yang kami harus memperbaiki tetapi sekurang-kuragnya kami berjaya menambah satu lagi gol untuk menghentikan kebangkitan PDRM," kata Gomez.
Untuk rekod, hanya Selangor dan Felda United mampu mencetak jaringan dihadapan para penyokong Johor yang seumpama pemain ke-12 di Stadium Larkin pada setiap perlawanan.
Andrezinho dan Ahmad Nizam Rosdi merupakan dua pemain yang berjaya menjaringkan gol di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin selain Hafiz Kamal (Selangor) dan Lutfulla Turaev (Felda United).
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan