Menurutnya, penjaga gol simpanan Melaka United (MU), Marco Stefan Petrovski, 18, yang berdarah kacukan Malaysia-Australia kini masih menjalani rawatan di Unit Cardiac Intensive Care (CCU) Hospital Melaka selepas terkena panahan petir ketika menjalani latihan bersama pasukan Piala Presiden di Padang 10, Krubong.
Katanya, dia mengharapkan Petrovski mampu berdepan keadaan berkenaan dengan semangat yang kuat dan kembali pulih seperti biasa.
Beliau berkata, perbelanjaan tiket penerbangan keluarga pemain itu termasuk dari Australia sudah diuruskan dan mereka dijangka sampai malam ini.
Difahamkan ketika semua pemain ingin bersurai selepas mendapati cuaca tidak mengizinkan serta menjangkakan hujan turun lebat, tiba-tiba mereka ditimpa musibah berkenaan.
Seorang lagi pemain, Muhammad Afiq Azuan, 21, yang berada berhampiran dengannya turut terkena panahan petir, tetapi ia tidak membimbangkan.
Petrouski pernah diturunkan dalam aksi persahabatan pra musim bersama skuad Liga Perdana MU termasuk berdepan Kuantan FA, Penjara FC dan Sime Darby sebelum ini.
Malah dia dibentuk dengan baik oleh jurulatih Mat Zan Mat Aris dan pembimbing penjaga gol MU, Mazelan Wahid selain diuji ketika sesi latihan dan perlawanan persahabatan untuk mematangkan corak permainannya.
Pengawal gawang yang juga bekas pemain kelab remaja Sydney Olimpic 2015 dan Southerland Sharks 2014 di liga Australia itu juga dilihat memiliki keazaman tinggi untuk berjaya sebagai pemain disegani.
Sementara itu, pengurus pasukan Piala Presiden MU, Khairi Anuar Ahmad berkata, dia juga mengharapkan pemain itu pulih dan boleh bersama rakan sepasukan.
Katanya, Afiq Azuan yang mengalami kecederaan dalam insiden itu turut dirawat di hospital berkenaan namun sudah dibenarkan pulang.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan