Rabu, 6 April 2016

Ketua Jurulatih Pulau Pinang direhatkan

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) merehatkan Ketua Jurulatih, Jacksen F Tiago yang berkuat kuasa hari ini, susulan kekalahan tiga perlawanan Liga Super berturut-turut.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar pengurusan tertinggi FAP pagi tadi yang mahu pasukan itu memperbaiki mutu permainan dengan segera.

Berikutan itu, jawatan ketua jurulatih diambil alih penolong jurulatih skuad Harimau Kumbang, Manzoor Azwira yang akan mempersiapkan pasukan bagi perlawanan seterusnya menentang Kedah, Sabtu ini.

Sementara itu, FAP turut mengumumkan menerima peletakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pro FA Penang, Laurence Loh atas sebab tidak didedahkan.

Pada masa sama, pengurusan FAP juga akan memberi surat amaran kepada pemain yang gagal memberi persembahan memuaskan selepas meneliti laporan prestasi kekalahan 2-1 kepada Sarawak malam tadi.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget