Ilijoski hadir dalam kancah Liga Malaysia musim ini tanpa reputasi hebat berbanding beberapa pemain import lain.
Tatkala dia tidak pernah mewakili mana-mana kelab besar dalam kariernya, Ilijoski juga sekadar pemain kebangsaan pasukan kerdil Eropah iaitu Macedonia.
Begitupun, dia berjaya membuktikan bahawa nama bukan ukuran ketika menjaringkan lima gol dalam tujuh penampilannya bersama Kelantan setakat ini.
"Saya berpuas hati dengan prestasi saya setelah beraksi selama sebulan. Statistik saya menunjukkan saya mampu bersaing dalam Liga Super. Saya tidak perlu bimbang kerana tugas saya adalah untuk bermain sebaik mungkin manakala selebihnya adalah tugas jurulatih dan pihak pengurusan.
"Setakat ini, saya tidak menetapkan apa-apa sasaran peribadi. sebagai penyerang, Saya mahu menjaringkan gol sebanyak mungkin untuk mendapatkan keputusan yang baik," kata Ilijoski.
Berdasarkan prestasi semasa, Ilijoski berada dalam kedudukan selesa berbanding seorang lagi penyerang import, Dramane Traore yang akan dinilai semula menjelang jendela kedua perpindahan pemain Liga M pada bulan Jun ini.
Dikritik dan dikecam gara-gara ketumpulan penyudah, Traore yang juga penjaring terbanyak Liga Super 2015 perlu mendapatkan sentuhan jaringannya dengan segera jika mahu selamat daripada menjadi mangsa yang disingkirkan.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan