Menurutnya, dia juga tidak mahu melayan desakan daripada sesetengah penyokong yang mahu pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan dipecat dari tugas mengendalikan Merah Kuning.
“Bagi saya permulaan musim ini adalah lebih baik. Jika tahun lalu selepas lima perlawanan liga, kita hanya mampu mengutip lapan mata. Tetapi, musim ini kita mampu kutip 10 mata selepas lima perlawanan. Manakala situasi sama kita terkandas di pusingan ketiga Piala FA musim lalu.
“Saya tidak mahu penyokong buat desakan melulu. Contohnya pada musim lalu, ramai penyokong mahu kita pecat Mehmet Durakovic di pertengahan saingan liga. Tetapi desakan itu terhenti selepas Selangor layak ke suku akhir Piala Malaysia.
“Dan sekarang, penyokong mahu Zainal digantikan dengan Durakovic pula selepas mereka mahu Durakovic dipecat musim lalu. Tidak boleh lah begitu,” katanya ketika ditemui selepas meninjau perkembangan proses baik pulih Stadium Shah Alam, semalam
Jelas Amirudin, penyokong perlu memberi peluang kepada Zainal untuk melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin.
“Masih awal untuk menilai prestasi pasukan dan saya akan bertindak terhadap pasukan berdasarkan fakta, bukan desakan melalui laman sosial,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Amirudin memberitahu penggantian rumput yang sedang dilakukan di Stadium Shah Alam berjalan lancar dijangka dapat disiapkan sebelum perlawanan Liga Super antara Selangor dan Kedah 5 April ini.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan