Ahad, 13 Mac 2016

Pemberian Kontrak Panjang Adalah Satu Beban?

Ketika saya mengulas isu kelemahan kita dalam kontrak sama ada pengurusan kelab/pasukan atau prosedur oleh FMLLP yang sebelum ini blueprint adalah dari FAM. Ada segelintir meluahkan pendapat mereka menyatakan, ada kekangan tertentu dalam memberikan kontrak panjang berbanding yang sekadar setahun atau dua. Kalau tidak bagus, boleh dibuang next season.

Cabaran setiap pasukan dalam Malaysia setiap musim adalah berdepan masalah pemergian pemain secara pukal / besa- besaran setiap musim. Cuma kesetiaan pemain sahaja yang akan menyelamatkan kelab daripada kehilangan mereka sedangkan sebelum ini kelab tidak percaya bahawa pemain tersebut berhak mendapat kontrak lebih panjang.

Bila hilang pemain yang ramai kerana kelemahan dalam pengurusan kontrak, pasukan tersebut akan mendapatkan pemain yang baru dan dalam batch yang sama. Kemudian, kelab akan mengulang kesilapan sama dengan kontrak yang sama timeline. Kemudian cycle ini berulang dan berulang.

Alasan : Kerugian Jika Player tak perform.


Dalam isu ini, data analisis scouting sepatutnya ada, kecualilah pasukan anda Kampung Jepak FC yang tiba-tiba naik ke Liga Super secara mengejut. Dalam kes ini pemberian kontrak harus dipecahkan kepada jeni- jenis pemain:


1. Youth talent / remaja / akademi


Ini adalah kategori yang perlu diberikan kontrak berbentuk ala trial sekitar setahun. Tetapi jika pemain itu tiba-tiba menjadi special player. Undang undang FIFA tetap tertakluk, cuma pastikan anda rushing kontrak.

2. Proven Player/ Good Player / Marquee Player

Kategori ini sama ada pemain baru atau yang sedia ada, harus diuruskan dengan kontrak yang baik. Jika pemain baru dan anda tidak yakin mereka akan bagus dengan sistem, lebih baik elak daripada sign. Jika pemain yang sedia ada dan terbukti dia adalah keyplayer, settlekan dengan long term.
Ada kelab menguruskan kontrak pemain tingkat ini berdasarkan posisi. Maksudnya, Rio Ferdinand dan Vidic tak akan berakhir kontrak secara serentak.

3. Mediocre Player

 Ini adalah pemain yang dalam list untuk squad depth. Golongan ini juga perlu diasingkan daripada batch yang untuk mengelakkan mereka yang pergi ramai sangat.

4. Veteran / Experience

Ini barulah sesuai nak bagi kontrak setahun. Mereka adalah short term. Jika masih on form mereka tidak ada masalah nak stay.

Bagaminana Nak mengelakkan Pembaziran?


Contoh : Selangor ingin memberikan kontrak baru kepada pemain muda bernama Lim (rekaan), baru berusia 21 tahun. Gaji semasa adalah dibawah RM10 ribu. Jadi apakah method dan pertimbangan?
Biasanya level ini akan menerima kenaikkan gaji. Namun Selangor tidak perlu terus membayar RM 40 ribu untuk 5 tahun. Patut ada pembahagian tingkat gaji. Misalnya:

Tahun Pertama Kontrak Baru
- Gaji RM20 ribu
-Total : RM240 ribu

Tahun kedua
- RM20 ribu hingga RM30 ribu
* Ianya berdasarkan KPI. Jika pemain dapat memenuhi KPI dan cemerlang boleh mendapat  gaji maksimum RM30 ribu. Jika tidak memenuhi KPI atau merosot, beliau mungkin akan menerima gaji kekal.
Lim Layak dapat RM28k
- Total setahun RM 336k

Tahun ketiga
- RM25 ribu hingga RM40 ribu.
* Kaedahnya berdasarkan KPI juga
Lim layak mendapat RM30 ribu
-Total : RM 360k

Tahun keempat
-RM40 ribu hingga RM50 ribu dan tambahan Loyalty Bonus RM50 ribu
* Jadi dalam tahun terakhir, pemain akan diberikan bonus pada hari pertama. Ini kerana kelab boleh menjual beliau dan dia boleh memilih untuk tidak menyambung kontrak.
Lim dapat  RM40 ribu sahaja sebab aksi agak menurun.
-Total : RM480 ribu + RM50 ribu bonus = RM530 ribu.

Berbeza dengan bayaran penuh RM50 ribu untuk 2 tahun yang memakan kontrak terus gaji yang berbentuk potential peak wages (gaji prestasi terbaik) yang dibayar pada proses development period.
Jumlah Gaji di atas adalah dalam anggaran sekitar RM1.46 juta. Itupun kalau pemain tersebut mengambil keputusan untuk stay sampai tahun keempat.

Kalau dia menggelupur nak bla tahun kedua so, dia akan pergi, under contract player adalah untuk dijual. Jadi sistem gaji adalah berbeza beza. Ini adalah contoh untuk potential player yang graf menaik.
Dalam berberapa kes, pemain boleh diselitkan dengan release clause untuk mengelakkan mereka berpindah ke pasukan tertentu. Ini biasanya digelar, release clause pelik. Tapi dalam MSL tak payah la nak insert clause ni sebab ia adalah agak mahal kalau nak activated.

‎Terminantion Dan Frustration Of Contract


Bagaimana pula dengan pemain? Adakah mereka berhak dengan release clause. Tugas agent adalah memastikan pemain mereka bermain di top. Jadi, pemain boleh meminta jika ada pasukan yang layak ke AFC Cup atak AFC CL selepas 2 atau 3 tahun jika ada tawaran daripada kelab yang beraksi di kejohanan itu. maka pemain berhak meminta dilepaskan dengan tebus harga.

Jadi, persoalan seterusnya, bagaimana jika kelab gagal membayar gaji yang kian meningkat? Dalam mana-mana organisasi, pemberi gaji / tauke akan berhak untuk terminate kontrak atas alas an-alasan tertentu. Jika seksyen akaun mendapati akaun dalam keadaan merah, so patut direlease sahaja pemain atau klausa 'mutual consent' / persetujuan bersama.

Jadi Kelab akan menerangkan mereka tidak mampu bayar gaji tahun ke 3 dan ke atas misalnya. Maka pemain tahu akan risiko beliau berpotensi akan tidak bergaji dan kelab akan memberikan compensation. Ada sesetengah pemain akan pergi tanpa compensation jika kelab berbincang dengan elok dan kebetulan ada tawaran segera.

Frustration of contract bermaksud ada pihak 'pasrah' dengan kontrak dan boleh membawa kepada termination. Contoh pemain kecewa gaji tidak dibayar atau kelab kecewa pemain terlibat jenayah atau dadah dan dipenjarakan. Frustration berlaku bila ada kontrak yang dirasakan tidak berbaloi atau bayar perkara yang tidak memuaskan atau di dalam penjara. Untuk kes pemain, mereka frustrate sebab berkhidmat tanpa gaji.

Jika prestasi pemain berterusan menurun, kelab juga boleh menarik atau membuat kontrak baru dengan klausa baru dengan pindaan pada tarikh tertentu dan pemain mungkin akan menerima gaji minimum. Jika kes pemain melakukan misconduct atau isu lifestyle, kelab berhak memotong gaji atau dalam terma lebih teknikal, tidak membayar gaji harian. Pemain merokok atau kuat makan makanan bergula dan kantoi di khalayak pun boleh dikenakan tindakan. Gaji setahun anda dah boleh beli rumah mewah tapi tidak profesional.

Untuk pemain import juga , kelab perlu lebih berhati-hati. Sebab itu kena ada data scouting. Cuba tiru cara Tan Seri Annuar Musa bekerja dengan cuma sign pemain yang ada data scouting dan bukannya sekadar macam audition siapa ingin wakili rumah sukan. Bolasepak adalah bisnes yang gaji berbelas dan berpuluh ribu. Oleh itu, pastikan anda bijak dalam bisnes.

Maka, dalam pengurusan kontrak perlu ada 2 perkara yang penting:
1. Short term basis - 1- 2 tahun
2. Long Term Basis - 3-6 tahun.

Di Malaysia, kalau dah 3 tahun tu kira long sangat la tu. Dari sini, kita akan nampak bayangan masa depan skuad dalam 3 hingga 4 tahun akan datang, sama ada siapa yang dalam long term plan dan siapa dalam short term.

Short term biasanya kerana isu peak dan kelab perlu justify dan buat assesment kepada kemampuan mereka. Ataupun pemain mediocre yang menjadi tambahan kepada squad depth.

Pastikan anda tidak kehilangan sehingga 50% skuad kerana kontrak expired serentak tidak bagus untuk kestabilan pasukan.

Dalam menentukan jumlah pemain dalam struktur, ia adalah berdasarkan budget. Misalnya dengan mengambil contoh pengurusan dengan budget berdasarkan tingkat gaji:
1. Gaji Minima - RM60 ribu sebulan budget available
Dalam sekitar 8 pemain × RM5 ribu
** gaji untuk pemain remaja yang promoted misalnya.

2. Gaji Medium - RM120 ribu sebulan Budget available
10 pemain × purata RM12 ribu

3. Gaji Tinggi - RM200 ribu sebulan budget available
4 x purata RM50 ribu

3. Gaji Maksimum - RM240 ribu sebulan budget available
3 pemain × RM80 ribu

Total Wages Budget Per Month untuk 25 pemain adalah RM620 ribu sebulan. Oleh itu pihak management akan memastikan budget tak burst dan tak digunakan maksimum jika boleh. Management akan cuba memastikan budget ada baki.

Dalam pengurusan Budget bolasepak , management tidak boleh bagi budget lumpsum untuk semua. Kena tahu kategori pemain yang mereka hired termasuk di department / posisi mana, dia ni level baru nak up ke dah marquee, jika ada tingkat piramid dah penuh, patut fikirkan area lain.

Sebagai contoh, Budget di atas boleh menjadi panduan utama sama ada pasukan ini sekarang mampu atau tidak untuk mendapatkan khidmat pemain medium setelah kuota medium dah penuh. Mungkin ya, sebab cuma ada 2 pemain bergaji 80k sebagai contoh. Oleh itu, ada lebihan di tingkat lain. Yang penting, pasukan tahu akan kemampuan dan kedudukan kewangan mereka.

Contoh di atas cumalah contoh daripada berberapa bahan bacaan saya dan kajian ringan. Topik asas yang harus digariskan adalah, cara mengendalikan pasukan berdasarkan budget dan kemampuan dan cara handling contract period berdasarkan kategori pemain. Yang pasti, management harus bijak dalam mengendalikan isu ini dengan lebih mendalam dan lengkap termasuk insentif dan nilai komersial pemain.

Sumber : axello tacts

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget