Ahad, 13 Mac 2016

Penat bukan alasan bagi pemain profesional

Penat tidak boleh dijadikan alasan, itu yang diperkatakan oleh pertahanan Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Radzak bagi pasukannya untuk kekal beraksi cemerlang bagi berdepan PDRM dalam saingan Liga Super pada Ahad.

Bagi Aidil, perlawanan pada malam ini cukup penting bagi meletakkan kembali pasukannya di tangga teratas liga mengatasi Felda United meskipun agak kepenatan berdepan beberapa perlawanan sebelum ini.

Malah apa yang diharapkan olehnya adalah kerjasama daripada semua pemain kerana semestinya barisan pertahanan memainkan peranan penting untuk menyekat kemaraan lawan.

Paling utama adalah untuk mengekalkan rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Super.

"Kami sering menggilirkan pemain, malah pemain-pemain yang tak bermain sebelum ini pun beraksi dalam Piala FA.

"Saya rasa penggiliran pemain penting dan itu yang membuatkan kami konsisten dalam semua perlawanan," katanya.

Dalam pada itu, Aidil tidak mahu terlalu memikirkan pasukan lawan malah dia hanya menitikberatkan prestasi dirinya dan rakan sepasukan yang lain.

Tidak mahu memandang mudah barisan pemain PDRM, juara Piala AFC 2015 ini tetap dengan strategi tersendiri bagi mengekalkan aksi konsisten.

"PDRM satu team yang kuat walapun dibariasi pemain-pemain muda dan baru. Kami fokus dan hormat PDRM sebagai pasukan yang kuat.Sebelum ini kita pun tahu mereka mempunyai rekod yang agak cemerlang."

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget