Teong Kim dalam laporan media tempatan semalam menjelaskan Malaysia memerlukan lebih ramai individu seperti Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Saya memang menyokong segala apa yang TMJ perkatakan selama ini mengenai bola sepak Malaysia," katanya dalam video dimuat naik salah satu media tempatan.
Teong Kim berpendapat apa yang dilaksanakan TMJ di Johor harus dicontohi pasukan bola sepak lain.
"Nama sahaja Liga Malaysia yang dikatakan liga profesional tetapi tiada padang latihan, tiada sistem pemain muda, tiada akademi sendiri," katanya.
Bekas jurulatih Bawah 19 tahun Bayern Munich itu turut menjelaskan bola sepak negara turut berkongsi senario sama seperti di China.
"Apa yang berlaku di negara kita ketika ini ialah kita tiada asas yang kukuh, sama seperti apa yang berlaku di China dimana mereka tiada pembangunan pemain yang kukuh, ini harus jadi tanggungjawab semua pihak termasuk persatuan negeri dan kelab. Tetapi semua pihak yang terlibat dalam Liga M ketika ini semuanya sekadar mementingkan diri masing-masing, mereka tidak mempedulikan tentang bola sepak negara," jelasnya.
Teong Kim turut tidak bersetuju apabila skuad Harimau Malaysia dipersalahkan apabila tewas diperingkat antarabangsa.
"Sepatutnya badan induk bola sepak negara dipersalahkan bukannya skuad negara," ujarnya.
Pada masa sama, Teong Kim berpendapat hanya dua individu yang layak digelar 'orang bolasepak'.
"Hanya Tan Sri Elyas Omar (bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur) dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri (bekas pengurus Kedah) menjadi individu yang benar-benar mempunyai niat baik untuk bola sepak negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan