Rabu, 30 Mac 2016

Kerajaan negeri sumbang RM10 juta kepada PBNJ

Kerajaan negeri menyumbangkan sebanyak RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sebagai dana pembangunan bola sepak negeri ini susulan beberapa kejayaan yang dicapai pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Kerajaan negeri turut menyumbangkan sebanyak RM149,000 sebagai insentif kejayaan pasukan JDT dalam Piala Sumbangsih 2016 manakala RM1 juta disumbangkan menerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sumbangan itu sebagai pengiktirafan di atas usaha PBNJ dalam membangunkan bola sepak negeri ini hingga berjaya menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan.

"Kejayaan pasukan JDT memberi sumbangan bermakna dalam menaikkan nama negeri Johor bukan sahaja dalam negara tetapi di rantau Asia.

"Saya berharap sumbangan ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan pencapaian kecemerlangan yang lebih baik untuk negeri ini khususnya dalam mencungkil bakat-bakat baru tempatan," katanya.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget