Selasa, 29 Mac 2016

Mike Mullvey kini ketua jurulatih skuad Penyu

Pengendali sementara Terengganu, Mike Mullvey sah dilantik ketua jurulatih pasukan itu untuk baki Liga Malaysia musim ini.

Keputusan itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid hari ini.

"Jurulatih itu telah sah memikul tanggungjawab tersebut dan telah menandatangani kontrak untuk musim ini," katanya ketika dihubungi.

Pelantikan itu lebih awal daripada jangkaan kerana sebelum ini PBSNT memutuskan kedudukan ketua jurulatih pasukan berkenaan hanya akan diketahui selepas perlawanan menentang Felda United di laman sendiri pada 4 April ini.

Mullvey, 53, yang berasal dari Manchester, England sebelum ini mengambil tugas sebagai jurulatih sementara pasukan itu bagi menggantikan Ahmad Yusof yang direhatkan ekoran prestasi buruk hingga menyebabkan skuad Penyu tersingkir awal dalam kempen Piala FA musim ini.

Sumber : bernama

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget