Izham berkata kelima-lima pemain itu telah mengesahkan menerima bayaran awal mereka pada 15 Mac lepas.
"Bagi makluman semua, KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) telah menghantar cadangan pembayaran tunggakan kepada PFAM dan menerusi perbincangan semua pihak yang terlibat, kesemuanya bersetuju dengan kaedah pembayaran yang dicadangkan itu.
"PFAM berharap persetujuan itu dipatuhi dan dipenuhi KAFA sehingga selesai pembayaran semua tunggakan," katanya.
Difahamkan lima bekas pemain Kelantan itu adalah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang menamatkan kontrak mereka bersama KAFA.
Dalam pada itu, PFAM berharap tindakan positif dan profesional yang sama daripada Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera dan menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempercepatkan proses rayuan Felda United bagi menyelesaikan isu tunggakan bayaran pemain.
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu melunaskan hutang berjumlah RM3.7 juta manakala Felda United FC sebanyak RM220,000.
Sumber : bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan