Katanya, pemain posisi penyerang berusia 26 tahun terbabit berasal dari Portugal dan bermain dengan sebuah kelab di Divisyen Dua di Liga Sepanyol akan dicadangkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk didaftarkan menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) Jun ini.
"Saya hanya mahu sediakan 'payung sebelum hujan'. Tempoh sehingga Jun ini sudah cukup untuk pemain import sedia ada buktikan tahap prestasi sebenar mereka.
"Jadi apa salahnya pemain yang dicadangkan ini menjadi antara senarai yang boleh digunakan jika pemain import sedia ada gagal menyajikan aksi terbaik.
"Saya tidak mahu tunggu kita kalah baharu mahu tukar kerana pasukan turut bergantung kepada prestasi pemain import," katanya yang kini dalam perjalanan meneruskan lawatannya ke Paris.
Terdahulu Dr Vida menyaksikan dua perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara secara langsung antara Barcelona-Arsenal dan Atletico Madrid-PSV Eindhoven sepanjang tiga hari berada di Sepanyol.
Dr Vida menjadikan lawatannya itu untuk merisik pemain import yang beraksi di Eropah kerana melalui cara itu beliau dapat berjumpa secara terus dengan pemain tanpa melalui ejen.
Penasihat Kehormat KAFA itu berkata, Kelantan memerlukan ketua jurulatih yang bagus dan pemain berkualiti jika mahu bersaing di peringkat antarabangsa terutama pada saingan Piala AFC dan Liga Juara-Juara Asia.
Sehubungan itu, beliau akan melakukan kajian terperinci mengenai perkara itu sebaik saja pulang daripada lawatannya dari Eropah pada 25 Mac ini.
Dr Vida berkata, beliau berasa bertuah kerana impiannya untuk melihat dengan mata sendiri kelab Eropah beraksi di pentas mereka ketika kunjungannya ke Eropah terutama di Madrid dan Barcelona menjadi kenyataan.
"Sebaik melihat dua perlawanan berkenaan, saya rasa PQPTRW perlu melakukan sesuatu terutama dari segi kemahiran pemain.
"Pemain PQPTRW perlu mencontohi pemain yang bermain di Eropah yang masing-masing mempunyai kemahiran menggelecek dan mengawal bola yang bagus.
"Pemain PQPTRW sepatutnya terus tingkatkan kemahiran individu mereka dan menjadikan pasukan mereka sebagai pasukan yang menjadi kebanggaan penyokong," katanya.
Beliau akan cuba menjadikan PQPTRW sebagai pasukan yang hebat dan mahu penyokong turut memberi sokongan kepadanya.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan