Apa juga mahu dilakukan, yang pasti pemain itu perlukan bantuan termasuk kaunseling untuk mengembalikan keyakinan dirinya.
Berdasarkan bahasa badan pemain itu jelas tahap keyakinannya berada pada tahap paling rendah dengan kekecewaan jelas terpancar di wajahnya setiap kali terlepas peluang menjaringkan gol.
Vokhid sedar tugas berat yang dipikulnya selaku penyerang utama iaitu menjaringkan gol.
Namun selepas lapan perlawanan - lima dalam Liga Super dan tiga Piala FA - pemain itu hanya menjaringkan satu gol ketika membantu Perak menumpaskan Kuantan FA untuk mara ke suku akhir Piala FA.
Begitupun aksi selebihnya menyaksikan pemain itu mensia-siakan berpuluh peluang termasuk yang terbuka hingga peminat hilang keyakinan.
Malah ada yang menganggap bekas pemain kebangsaan Uzbekistan itu ibarat badut dan pelawak.
Agak malang bagi Perak kerana mengambil penyerang yang sudah hilang taring dan kini terpaksa menanggung akibatnya.
Ini bahananya mengambil pemain hanya berdasarkan klip video yang rakaman aksinya entah bila dibuat.
Sudah tentu hanya gambar aksi terbaik dipaparkan dalam video klip itu dalam usaha ejen (menjual) barang dagangan mereka.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Perak (tertipu) kelicikan ejen yang menguruskan pemain terbabit. Jadi siapa yang harus dipersalahkan?
Namun tidak ada gunanya menuding jari kepada sesiapa. Sebagai manusia kita semua membuat silap. Jadi belajar daripada kesilapan itu.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan