Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, bahagian serangan perlu bekerja keras dan lebih tajam dalam usaha mencari bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Alor Setar, awal bulan depan.
“Bukan sahaja bahagian serangan ditekankan, bahagian pertahanan juga perlu melaksanakan tugas daripada dibolosi pasukan tuan rumah.
“Kita turun untuk bawa balik kemenangan walaupun tahu rekod Sabah tidak berkilau. Apa pun, saya ingatkan kepada pemain agar jangan terlalu yakin bila turun beraksi,” katanya.
Dalam pada itu, Cheng Hoe masih belum menamakan barisan kesebelasan utamanya, namun yakin dengan kemampuan pemainnya dalam menggalas tugas berat di Likas.
“Kita akan beraksi tanpa kehadiran Sandro Mendonca. Namun saya sudah ada pemain lain untuk ganti tempatnya,” katanya.
Skuad Lang Merah mara ke peringkat suku akhir setelah menang 5-4 menerusi penentuan penalti ke atas Kelantan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam pertemuan pusingan ketiga.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan