Selasa, 23 Februari 2016

Pusat Latihan Tertutup JDT dapat nama baharu

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mamaklumkan bahawa Pusat Latihan Tertutup Johor Darul Ta’azim (JDT) kini ditukar nama ke Pusat Latihan Tertutup Dato Suleiman Mohd Noor.

Penukaran nama itu dimaklumkan oleh Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini sebagai tanda menghargai sumbangan Dato Suleiman Mohd Noor di atas jasanya sebagai bapa bola sepak Johor.

Selain daripada itu, padang latihan tertutup ini juga akan siap sepenuhnya dinaik taraf dalam tempoh dua minggu bermula hari ini.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget