Selasa, 23 Februari 2016

Piala AFC : Gomez mahu pemain tidak leka

Juara bertahan Piala AFC Johor Darul Ta'zim (JohorDT) tidak menjadikan alasan kemenangan musim lalu sebagai tiket mudah menewaskan Ayeyawady United dari Myanmar.

Jurulatih JDT, Mario Gomez sebaliknya mahu anak didiknya tidak leka kerana kemenangan pada musim lalu sudah berakhir dan perlu fokus pada perlawanan yang sedang dan akan ditandingi mereka.

"Pada saya perlawanan aksi pembuka tirai di Stadium Larkin menentang Ayeyawady sangat penting apatah lagi pasukan itu memiliki pemain yang baik.

"Apa yang penting pada saya ketika ini adalah untuk menumpukan kepada perlawanan esok dan biarlah ia selesai dulu barulah kita fikir liga seterusnya," katanya pada sidang media sempena perlawanan Kumpulan H Piala AFC di Stadium Larkin di sini.

Mengulas mengenai pasukan JDT katanya dia yakin mampu meraih kemenangan bertarung di gelanggang sendiri.

"Bagaimanapun ia tidak mudah sebab ia perlawanan baru bagi tahun ini," katanya.

Sementara itu, Kapten JDT, Safiq Rahim akan memberi fokus terbaik jika diberi peluang turun beraksi menentang pasukan Ayeyawady oleh ketua jurulatihnya esok.

"Kalau diberi tugas dan kepercayaan oleh Gomez saya berikan terbaik.

"Saya juga mengharapkan sokongan daripada rakan, selain harap lebih cergas untuk beraksi malam esok," katanya.

Mengulas mengenai pasukan lawan katanya, Ayeyawady memiliki pasukan yang baik dan kuat, selain tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka.

"Yang lepas (kemenangan Piala AFC 2015) adalah perlawanan sudah berlalu dan ia satu sejarah.

"Bagi tahun ini, kita mahu keputusan lebih baik di tempat sendiri termasuk moral lebih baik dan ditambah sokongan peminat JDT," katanya.

Sementara itu bagi liga tempatan, Ayeyawady sudah memenangi empat dari tujuh perlawanan disertai pasukan itu sehingga kini.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget