Selasa, 23 Februari 2016

Piala AFC : Selangor fokus buru kemenangan

Selangor mahu memulakan saingan Piala AFC dengan langkah kanan apabila menentang kelab Filipina, Ceres FC pada perlawanan pertama Kumpulan E di Stadium Panaad Park, Bocolod, malam ini.

Untuk merealisasikan misi tersebut, pengendali Merah Kuning, Zainal Abidin Hassan menuntut skuad kendaliannya supaya lebih berdisiplin dan fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

“Meskipun berentap di tempat lawan tapi Selangor perlu fokus memburu kemenangan.

“Difahamkan pemain Ceres FC kebanyakannya terdiri daripada pemain kebangsaan dan pemain naturalisasi, mereka ini tak kurang hebatnya kerana mampu menyertai Piala AFC,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal mengakui lega dengan kehadiran tonggak utamanya yang kembali dalam kesebelasan utama selepas sembuh daripada kecederaan.

Bagaimanapun, Zainal tetap kehilangan khidmat wira mereka pada final Piala Malaysia musim lalu, Ahmad Hazwan Bakri, yang masih dibelenggu kecederaan bersama Fittri Shazwan Raduwan.

"Kini mereka beransur pulih dan kita mempunyai peluang cerah untuk mempamerkan taktik terbaik bagi membawa pulang mata," katanya.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget