Isnin, 22 Februari 2016

PBSNT rehatkan Ahmad Yusof, Timbalan Presiden letak jawatan

 
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merehatkan ketua jurulatih Terengganu, Ahmad Yusof dalam empat perlawanan susulan kemerosotan pasukan termasuk tersingkir awal daripada saingan Piala FA, musim ini.

Tugas pengendali berusia 56 tahun itu akan diambil alih penasihat teknikal merangkap penolong ketua jurulatih, Mike Mulvey sambil dibantu Mustafa Kamal Abd Wahad.

Skuad Penyu juga dikejutkan dengan peletakan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong sebagai pengurus pasukan.

Perkara itu disahkan Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid selepas Mesyuarat Khas Pengurusan dan Kewangan PBSNT di Pejabat PBSNT, sebentar tadi.

Mesyuarat itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat. Wan Ahmad Nizam berkata, pihaknya membuat keputusan untuk merehatkan sementara Ahmad dalam empat perlawanan.

"Kita juga sebulat suara bersetuju menerima peletakan jawatan Marzuki dan saya sendiri akan memikul tanggungjawab sebagai pengurus pasukan baharu sambil dibantu pengurus skuad Piala Presiden Terengganu, Tuan Kechil Tuan Tengah sebagai penolong.

"Keputusan yang dibuat ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak terutama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mahu perubahan perlu dilakukan selepas kegagalan pasukan tersingkir awal dalam saingan Piala FA, tempoh hari," katanya.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget