Selasa, 23 Februari 2016

Piala AFC : Selangor pulang berbekalkan satu mata

Gol lewat penyerang Ceres FC, Adrian Gallardo merampas tiga mata penting Selangor ketika seri 2-2 saingan Kumpulan E Piala AFC di Stadium Panaad, Bacolod.

Beraksi di tempat lawan, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bermula dengan langkah kiri dan The Red Giants menyerah pendahuluan kepada wakil Filipina itu pada minit ke-18 menerusi sepakan luar kotak penalti Stephan Schröck.

Enggan tersentak, Selangor membalas menerusi kesilapan penjaga gol pihak lawan yang menghadiahkan peluang emas kepada Mauro Olivi untuk mengikat perlawanan 1-1.

Bersambung babak kedua, Cerez FC berjaya merobek gawang penjaga gol Norazlan Razali pada minit ke-57 tetapi jaringannya dibatalkan pengadil gara-gara ofsaid.

Namun sebaliknya, sepakan percuma  yang diberi kepada Selangor dua minit kemudian dimanfaatkan sepenuhnya oleh Hafiz Kamal yang berjaya raih pendahuluan buat kali pertama perlawanan.

Gol itu memberi suntikan semangat kepada pasukan Selangor untuk menggandakan pendahuluan menerusi Nazmi Faiz Mansor beberapa minit kemudia. Pada masa yang sama, percubaan penyerang Adrian Gallardo dan Manuel Ott gagal melepasi Norazlan.

Malangnya, gol penyamaan tetap muncul pada minit ke-87 menerusi bola lambung yang disempurnakan oleh tandukan Adrian Gallardo sekali gus memastikan pasukan juara Liga Filipina membawa pulang satu mata sekurang-kurangnya.

Keputusan perlawnan kekal 2-2 sehingga wisel penamat.

Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan wakil Signapura, Tampine Rovers catat kemenangan besar 4-0 menentang Sheikh Jamal DhC dari Bangladesh.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget