Berakhir lima perlawanan, skuad Singa Utara pasti paling gembira untuk menghuni tangga teratas liga selepas mencatat kemenangan dengan jaringan paling besar apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-1.
Beraksi di Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis yang juga pendatang baharu di Liga Perdana menyumbat enam gol pada separuh masa pertama menerusi penyerang import, Obinna Nwaneri seawal minit ketiga, sebelum pesta jaringan dimulakan.
Bermula dengan jaringan kedua oleh Mohd Alafi (m-9), seorang lagi pemain import, Vincent Kayne menampilkan taringnya dengan meledak dua gol (m-19 dan m-36) diikuti Afiff Amiruddin (m-30) dan Sadam Hashim (m-45).
ATM hanya membalasnya dengan satu gol menerusi Mohd Zaironi pada babak kedua. Di Stadium Hang Jebat, Melaka, PKNS FC yang juga tuan rumah tumbang kepada Kuala Lumpur 1-0 dengan gol tunggal dijaringkan pemain import, Anselmo Da Salva pada minit ke-65.
Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Darul Ta'zim (JDT II) gagal memanfaat aksi di gelanggang sendiri apabila tumbang 1-3 kepada DRB-Hicom. Ketinggalan 2-1 berakhir babak pertama, kebangkitan yang diharapkan JDT II tidak kesampaian apabila DRB Hicom menambah gol ketiga pada minit ke-78 menerusi Kim Jin Ryong.
Membuka tirai jaringan Muhammad Nazri Kamal pada minit ke-12, JDT II menyamakan kedudukan menerusi Shahril Ishak pada minit ke-27 sebelum Ivan Babic kembali meletakkan pelawat di depan pada minit ke-33.
Di Stadium MP Selayang, Sime Darby yang juga tuan rumah terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila seri 2-2 menentang Melaka.
Di Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan juga gagal memanfaat aksi di laman sendiri apabila sekadar mengutip satu mata apabila diikat Kuantan FA 1-1.
Pada aksi lebih awal petang tadi, UiTM FC membuka kempen Liga Perdana musim ini dengan bergaya apabila mudah menundukkan Sabah, 4-1 di laman sendiri, Stadium Shah Alam.
Pemain import UiTM dari Uzbekistan, Pavel Purishkin muncul wira apabila meledak hatrik buat pasukan dengan satu lagi gol dijaringkan seorang lagi pemain import, Eliel da Cruz.
Gol tunggal Sabah dijaringkan Prince Nnake menyamakan kedudukan lima minit selepas babak kedua bersambung.
Berikut keputusan penuh perlawanan pertama Liga Perdana 2016:
UiTM FC 4 SABAH 1
PERLIS 6 ATM 1
PKNS FC 0 KL 1
JDT II 1 DRB HICOM 3
NEGERI SEMBILAN 1 KUANTAN FA 1
SIME DARBY 2 MELAKA 2
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan