Perkara itu dimaklumkan oleh pengerusi jawatankuasa itu Abdul Aziz Yeop Jamaluddin yang menyatakan Pahang perlu mengadakan perbincangan semula dengan Frenz United jika mahu menggunakan khidmat pemain berkenaaan.
“Kogileswaran dan Dinesh milik Frenz berdasarkan kontrak pemain ini dengan kelab berkenaan. Jadi jika Frenz United menuntut semula dua pemain ini, Pahang perlu berbincang semula dengan Frenz United,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat semalam.
Keputusan itu juga menyaksikan hasrat Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang turut terbabit dalam perebutan Kogileswaran dan Dinesh tidak kesampaian.
“Kuala Lumpur juga mengemukakan aduan pemain ini milik mereka namum selepas meneliti semua maklumat kami mengesahkan Frenz United lebih berhak,” jelas Abdul Aziz.
Kes perebutan bekas pemain Harimau Muda ini timbul apabila Pahang menandatangani kontrak Kogileswaran dan Dinesh biarpun mengikut peraturan mereka perlu menyertai semula pasukan negeri kelahiran iaitu Kuala Lumpur.
Frenz United kemudian tampil dalam pertikaian itu dengan mendakwa pemain berkenaan masih mempunyai baki kontrak sehingga 2018.
Sumber : 90minit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan