Isnin, 1 Februari 2016

Kami mahu menang : Mario Gomez

Johor Darul Takzim cari rentak awal sebelum pembukaan musim 2016 dengan mengharapkan langkah kanan dalam kelayakan play off pusingan kedua bertemu Muang Thong bagi mencari tempat dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.

Bakal beraksi di Stadium Thunder Dome, aksi ini bakal menentukan pasukan mana yang layak untuk beraksi di pusingan ketiga seterusnya mengisi tempat untuk aksi Liga Juara-Juara Asia. Kredibiliti yang di bawa JDT cukup baik selaku juara Piala AFC 2015, selain masih segar dengan kejayaan penutup manis dalam saingan Piala Malaysia 2015.

Bagi Mario Gomez dia tidak mahu membincangkan sasaran peribadi hanya mahu anak buahnya berada di prestasi terbaik dalam aksi pada Selasa. Tidak di sangkal, nama nama besar yang mengisi senarai pemain JDT sudah pasti mahu memburu kejayaan pertama mereka bagi tahun 2016 apatah lagi JDT cukup dikenali sebagai pasukan yang mengumpul pemain terbaik Malaysia ketika ini.

“Kami mahu menang, kerana ia sangat penting untuk beraksi di Liga Juara-Juara Asia musim ini dan setiap pemain perlu tingkatkan lagi mutu permainan untuk perlawanan ini,” kata Mario.

Muang Thong FC menamatkan musim 2015 dengan kedudukan kedua dalam Liga Perdana Thailand dan Piala FA Thailand.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget