Isu itu timbul apabila barisan kejurulatihan dan pengurusan PKNS melabel tindakan Felda United menandatangani secara diam-diam dengan pemain berstatus PR kelahiran Nigeria itu pada 27 Januari lalu.
Ini kerana, Oluwatobi terlebih dahulu menjalani sesi latihan bersama PKNS lalu diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang The Fighters. Dari situlah, kelibatnya mula dihidu oleh pengurusan Felda.
Tegas Zulkarnain, Oluwatobi hanya berkelebihan daripada segi fizikal semata-mata, selain turut menafikan Tobi cemerlang pamer prestasi terbaik ketika aksi persahabatan membabitkan Felda United menentang PKNS pada 25 Januari lalu tanpa pengetahuan PKNS.
Dalam masa yang sama Felda United menunggu pengesahan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) samada lulus atau sebaliknya memandangkan Tobi bukan pemegang pasport atau kad pengenalan biru sebaliknya hanya memiliki kad pengenalan merah sahaja.
Mengakui tidak mahu keadaan lebih meruncing, Felda United bagaimanapun bersedia untuk memulangkan semula Tobi kepada PKNS bagi mengelakkan insiden lebih serius daripada berlaku.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan