Ketua jurulatih Terengganu Ahmad Yusof yakin pencarian itu mampu dimuktamadkan sebelum 13 Feb ini kerana pemain yang diburu sudah berada dalam perhatian.
"Kami telah menyenaraipendekkan senarai pemain untuk dibuat pemilihan bagi mengisi kekosongan itu dan saya yakin kuota itu (pemain tempatan dan import) dapat dipenuhkan sebelum tarikh tutup," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Setakat ini, Terengganu telah mendapatkan bekas kapten pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar atau dikenali sebagai Hai-O dan pemain tengah Mohd Affizie Faisal Mamat bagi memantapkan lagi barisan negeri itu.
Kehadiran kedua-dua pemain itu sekali gus meredakan kebimbingan terutamanya di barisan tengah selepas beberapa pemain mengalami kecederaan dan hanya bergantung kepada Vincent Bikana sahaja.
Ahmad berharap dua pemain baru itu dapat membantu pasukan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu piala musim ini.
"Jadi saya berharap kehadiran Hai-O dapat membantu dan memberi inspirasi kepada pemain sedia ada terutama pemain muda," katanya.
Menurut Ahmad, setakat ini beliau belum menetapkan posisi yang bakal digalas Hai-O kerana semuanya bergantung kepada tahap kecergasan pemain yang berusia 37 tahun itu.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk tidak mengambil penyerang dari Mali, Makan Dembele walaupun pemain tinggi lampai berkenaan sebelum ini berjaya memikat panel pemilihan termasuk ketua jurulatih.
Setiausaha PBSNT Arpin Deraman berkata Dembele gagal memenuhi kriteria yang dikehendaki pasukan.
Sumber : bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan