Biarpun memikul satu tugas berat, beliau yakin dengan kemampuan barisan pemain termasuk dua pemain import iaitu pemain pertahanan dari Brazil, Gilberto Carlos Marangoni dan pemain tengah dari Uzbekistan, Lutfulla Turaev, untuk mencapai sasaran itu.
"Barisan pemain kita tidak banyak berbeza...cuma saya mengambil pemain import baharu dan mengurangkan pemain yang agak berumur berbanding musim lepas," katanya pada sidang media selepas perasmian gelanggang sendiri iaitu Stadium Tun Abdul Razak (STAR), di Maran, semalam.
Beliau berkata pasukannya dibarisi oleh banyak pemain muda dan hanya mengekalkan dua pemain veteran iaitu Shukor Adan dan Khairul Ismail yang dilihat masih mampu menunjukkan prestasi cemerlang bagi membimbing pemain muda.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan