Ahad, 17 Januari 2016

Saya yakin terpilih bimbing Harimau Malaya : Bojan

Bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak menyifatkan jumlah trofi yang dikutip dalam saingan Liga Malaysia adalah bukti yang cukup bahawa dia mampu membimbing skuad Harimau Malaya.

Bojan mengejutkan dunia bola sepak negara pada tahun 2012 ketika membantu Kelantan menjuarai saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dalam musim pertamanya di Malaysia.

Pengendali kelahiran Croatia itu membuktikan dia mampu meraih keputusan positif dengan segera apabila membawa pulang trofi Liga Super 2014 buat Johor Darul Ta'zim.

"Jika mereka (FAM) mahu kejayaan dalam bolasepak, saya yakin akan terpilih membimbing skuad Malaysia.

"Skuad Malaysia amat memerlukan keputusan yang lebih positif dan bawah kendalian saya, mereka mampu pasang impian lebih tinggi," kata Bojan kepada ESPN FC.

Di samping itu, Bojan mengakui prestasi Harimau Malaya telah meningkat bersama Datuk Ong Kim Swee namun dia percaya pemain-pemain sedia ada mampu beri aksi yang lebih baik.

Selepas dua kali tertangguh, teka-teki siapa pengendali baharu skuad Harimau Malaya kini hanya akan terjawab pada penghujung bulan ini.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget