Ahad, 17 Januari 2016

Lesen ATM akan ditarik jika guna anggota sebagai pemain

Ketua Pegawai Eksekutif Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengesahkan pihaknya akan memantau pentadbiran Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT) yang bakal dibarisi oleh anggota tentera.

Difahamkan, ATM akan menggunakan kudrat pemain dikalangan annggota tentera musim ini namun persoalan sama ada mereka akan diiktiraf sebagai pemain profesional terus menjadi tanda soal.

"Secara ringkasnya, ini merupakan isu lesen kelab. ATM perlu mengamalkan penstrukturan kelab berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika tidak, ada kemungkinan lesen mereka akan ditarik sekali gus ATM akan dilucutkan selepas beberapa musim. Kami akan menilai semua pasukan kerana bukan ATM sahaja yang tidak mengamalkan penstrukturan yang betul," kata Kevin.

Dua hari lepas, Kevin mengeluarkan kenyataan bahawa amaran terakhir telah pun diberi dan mana-mana pasukan yang gagal melunaskan gaji pemain, jurulatih dan staf masing-masing akan dikenakan hukuman berat sama ada potongan mata mahupun lesen ditarik.

Perlawanan playoff antara ATM dan T-Team dijadualkan berlangsung pada 30 Januari ini sebelum kempen Liga Super bermula pada 13 Februari bulan depan.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget