Ahad, 17 Januari 2016

The Red Warriors kekal merah

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors akan kekalkan tradisi jersi merah dan pada masa yang sama akan memperkenalkan jersi berwarna 'Shocking Pink'.

Menurut kenyataan daripada laman media sosialnya, Annuar mendedahkan jersi 'home' dan 'away' akan dilancarkan pada 10 Februari 2016. Manakala jersi bewarna merah jambu akan didaftarkan terlebih dahulu sebelum tarikh pelancarannya yang masih belum ditetapkan.

"Segala pembaharuan yang kita lakukan sudah pasti menjadikan kita tumpuan dan perhatian. Sudah pasti kami turut dicemburui,"

"Kita mungkin bukan pasukan yang "Meluaskan Kuasa Nya" tetapi kita satu pasukan yang bersedia untuk berada di hadapan dan menongkah zaman," kata Annuar.

Satu lagi hadiah daripada penaja, Vida Beauty Sdn Bhd adalah sebuah bas bagi setiap pasukan Kelantan iaitu PQP TRW, Presiden Warriors dan The Young Warriors.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget