Jersi itu yang ditaja pengeluar pakaian sukan terkemuka Adidas menampilkan tiga warna simbolik – biru, merah dan putih yang mencerminkan warna bendera Johor.
Majlis gimik pelancaran yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Datuk Zulkurnain Kamisan di sini malam tadi turut dihadiri kira-kira 5,000 penyokong JDT.
Pelancarannya juga ditayangkan serentak menerusi skrin besar yang disediakan di beberapa lokasi terpilih di semua daerah.
Berharga RM189 sehelai, jersi itu diharap dapat memberi suntikan semangat yang lebih tinggi untuk pemain meneruskan kecemerlangan dan mengekalkan prestasi pasukan Johor.
Ia akan diguna pada perlawanan persahabatan antara JDT menentang pasukan Thailand, Chonburi FC hari ini di Bangkok.
Saksikan video promo jersi JDT 2016 :
Sumber : mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan