Oybek, 27 melengkapkan barisan Pasukan Yob yang mempunyai tiga lagi pemain - Thiago Junio de Aquino, Vokhid Shodiev dan Elias Fernandes Oliviera.
Pemain tengah dari Uzbekistan itu diambil selepas berjaya menambat hati pegawai pasukan ketika diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang PKNS di Ipoh, malam tadi.
"Buruan Perak terhadap pemain import sudah berakhir. Oybek adalah pemain keempat The Bos Gaurus.
"Dia berjaya menyakinkan jurulatih dalam latihan dan perlawanan ujian serta lulus pemeriksaan kesihatan dan kecergasan.
"Kini segala tumpuan boleh diberikan terhadap persiapan pasukan," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan selepas majlis menandatangani kontrak Oybek, hari ini.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan